Friday, 10 March 2017

Tips Melancong Ke Hawaii (USA)

Hawaii. Aku rasa semua orang tau Hawaii. Tapi tidak semua tahu betapa terpencil nya Pulau Hawaii ini. Tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang paling terpencil di dunia.

PETA HAWAII courtesy of Google Map

Pin merah pada peta diatas adalah Pulau Hawaii. Orang Amerika sendiri yang hendak ke sini pun perlu melalui penerbangan lebih kurang 9 ke 10 jam. Belum tambah layover semua.

Aku melawat Pulau Hawaii ni pada tahun lepas bulan Ogos 2016. Cuaca di Pulau Hawaii ni lebih kurang seperti cuaca di Malaysia cuma lebih berangin dan suhu pada waktu malam lebih jauh sejuk daripada Malaysia.

Salah satu perkara perkara yang perlu diingat sebelum merancang lawatan ke Amerika Syarikat (USA) adalah warga Malaysia memerlukan visa untuk memasuki USA. Proses untuk mendapatkan visa ke USA agak mudah. Cuma perlu ke Laman Web Kedutaan USA dan ikuti proses-proses yang diterangkan di dalam laman web tersebut. Secara ringkasnya:

Carta Aliran Ringkas Cara untuk Mendapatkan Visa ke Amerika Syarikat (USA)
Sebelum Temu Ramah
Berikut merupakan pautan ke Laman Web seperti yang dinyatakan diatas:


Persediaan sebelum menghadiri temu ramah
CONFIRMATION (WAJIB BAWA)
APPOINTMENT CONFIRMATION (WAJIB BAWA)
RESIT (DIGALAKKAN BAWA)


TIP KE TEMPAT  TEMURAMAH
  • Tempat letak kereta tidak disediakan jadi boleh parking bersebelahan (berbayar).
  • Datang sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum masa temu ramah (pegawai sekuriti tidak akan benarkan anda masuk ke dalam kawasan kedutaan sebelum itu jadi anda akan diminta untuk menunggu di luar pagar)
  • Bawak fail untuk dokumen (mudah untuk diserahkan kepada penemuramah)
  • Telefon bimbit dan alat elektronik lain tidak dibenarkan dibawa masuk (bawak beg untuk meletakkan barangan anda)
  • Sebelum masuk, mereka akan meminta kad pengenalan untuk mendapatkan pas lawatan

TIP SEMASA TEMURAMAH
  • Barisan menunggu agak cepat
  • Penemuramah fasih berbahasa melayu/english/cina
  • Sekiranya tiada masalah, peneramah hanya akan menanya 2 soalan (Sebab melawat dan tempoh masa lawatan) tanpa meminta untuk melihat dokumen tambahan
  • Jika tiada masalah, penemuramah akan terus memberitahu anda bahawa permohonan anda lulus dan passport dengan visa boleh dituntut berdasarkan cara tuntutan yang dipilih dalam masa 24 jam bekerja.
TIP SEMASA MENUNTUT PASSPORT DAN VISA (SECARA PICK UP SENDIRI)
  • Bawa cetakan surat confirmation
  • Bawa kad pengenalan